Ekopelancongan
21 produk dijumpai
Pulau Ungka, Taman Rekreasi Tasik Puteri, Bandar Bukit Besi, Dungun, Terengganu
Pulau Ungka, Tasik Puteri merupakan pulau kecil yang menawarkan keindahan alam semula jadi yang memukau dan menenangkan. Dikelilingi keindahan tasik semulajadi, akses ke pulau ditambahbaik dengan kemudahan jambatan dan laluan pejalan kaki sebagai destinasi ideal untuk berehat sambil menikmati suasana yang segar dan damai. Pengunjung juga boleh mengabadikan detik indah melalui aktiviti fotografi, terutamanya pada waktu matahari terbit dan matahari terbenam yang menyajikan pemandangan menakjubkan. Pulau ini sememangnya lokasi sempurna bagi pencinta alam dan penggemar fotografi.
Bukit Besi Agro-Exotic Farm, Bandar Bukit Besi, Dungun
Bukit Besi Agro-Exotic Farm di Bandar Bukit Besi, Terengganu merupakan taman pertanian berkonsepkan kampung yang menempatkan pelbagai haiwan eksotik.
Taman Rekreasi Tasik Puteri, Bandar Bukit Besi, Dungun, Terengganu
Taman Rekreasi Tasik Puteri merupakan lokasi yang amat sesuai untuk seisi keluarga menjalankan aktiviti riadah. Pengunjung yang datang ke taman rekreasi akan dihidangkan dengan tasik buatan yang cantik iaitu Tasik Puteri.
Kelab Golf Bukit Besi (KGBB), Bandar Bukit Besi, Dungun
Padang golf ini berkeluasan 74 hektar dengan berkonsepkan rimba. Panjang keseluruhan 18 lubang ialah 6,058 meter dengan par 72.
Jeram Kelembar Sungai Loh, Kampung Jongok Batu, Dungun
Jeram Kelembar Sungai Loh merupakan tempat pelancongan yang sesuai untuk berkelah bersama keluarga. Kawasan yang mempunyai jarak antara tebing sungai yang landai memudahkan keluarga untuk mengawasi anak-anak.
Air Terjun Sungai Ceralak, Kampung Shukor, Dungun
Air Terjun Sungai Ceralak di Kampung Shukor, Dungun merupakan destinasi yang terkenal dengan keindahan alam semula jadi.
Trek Pendakian Gunung Chemerong, Berembun dan Lasir (CBL), Kampung Jongok Batu, Dungun
Merupakan tempat pelancongan yang menjadi tumpuan pendaki dan pencinta alam semula jadi.
Air Terjun Chemerong, Kampung Jongok Batu, Dungun
Air Terjun Chemerong terletak di Gunung Chemerong, Dungun, Terengganu. Ia merupakan tarikan alam semula jadi yang menakjubkan, terkenal dengan ketinggian yang mengagumkan, air yang jernih, dan suasana hutan yang masih terpelihara.
Air Terjun Berdebu, Kampung Jongok Batu, Dungun
Air Terjun Berdebu merupakan salah satu tempat eko pelancongan dalam wilayah yang mesti dikunjungi oleh kaki ‘hiking’ dan pencinta alam semulajadi.
Taman Rekreasi Lubuk Kain, Kampung Shukor, Hulu Dungun
Taman Rekreasi Lubuk Kain yang terletak di Kampung Shukor, Dungun, Terengganu yang terkenal dengan kejernihan air terjun ibarat kristal dan keindahan alam semula jadi. Lokasi ini merupakan salah satu lokasi terkenal dalam kalangan campers.
Sungai Bangan, Kampung Shukor, Dungun
Sungai Bangan terletak di Trek pendakian Chemerong, Berembun, Langsir (CBL), Hulu Dungun.
Taman Rekreasi Bumbung Raja, Kampung Pasir Raja, Dungun
Taman Rekreasi Bumbung Raja yang terletak di Kampung Pasir Raja, Dungun, Terengganu merupakan tempat pelancongan yang unik kerana satu-satunya hutan rekreasi di Malaysia yang terletak di sebuah desa dan mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah.
Pokok Chengal Besar, Hutan Simpan Pasir Raja, Dungun
Usia pokok tertua ini dianggarkan 1,300 tahun berdasarkan kaedah pengiraan pokok di kawasan tropika mengikut pertumbuhan gegelang (growth ring) pada kadar 0.4sm setahun.
Kawasan Rekreasi Sungai Kelemin, Kampung Talong, Dungun
Kawasan Rekreasi Sungai Kelemin terletak di Kampung Talong dalam Daerah Dungun. Kawasan ini menjadi pilihan keluarga untuk berkelah sambil mandi – manda. Ianya amat sesuai untuk istirehat keluarga kerana airnya yang cetek.
Air Terjun Jeram Tanduk, Kampung Air Putih, Kemaman
Air terjun ini merupakan salah satu destinasi pelancongan dan perkelahan yang menarik serta amat terkenal dengan keindahan alam semula jadi.
Jeram Gajah, Kampung Air Putih, Kemaman
Jeram Gajah, Kampung Air Putih, Kemaman terletak lebih kurang 30 minit perjalanan daripada Bandar Cukai, Kemaman.
Jeram Kota, Kampung Air Putih, Kemaman
Jeram Kota terletak yang terletak Kampung Air Putih, Kemaman merupakan Kawasan rekreasi dan pengunjung boleh bermandi-manda Bersama keluarga dan rakan-rakan.
Kelip-Kelip Palmstay Seri Bandi, Bandar Seri Bandi, Kemaman
Kelip-Kelip Palmstay Seri Bandi berkonsepkan back to nature dan penginapan ala perkhemahan atau glamping. Tempat ini sesuai kepada indivitu yang mencari ketenangan serta suka aktiviti lasak seperti hiking.
Kelip-Kelip Sungai Yak Yah, Kampung Ibok, Kemaman
Kelip- Kelip Sungai Yak Yah, Kampung Ibok merupakan salah satu lokasi habitat semulajadi satu spesis serangga yang dikenali sebagai kelip -kelip atau kunang – kunang “photuris lucicrescens”
Pusat Pemuliharaan Tuntung Sungai, Kampung Pasir Gajah, Kemaman
Pusat Pemuliharaan Tuntung Sungai) merupakan salah satu tempat menarik untuk di kunjungi di Kampung Pasir Gajah, Kemaman. Ianya merupakan sebuah pusat pemuliharaan tuntung pertama di Kemaman.
Air Terjun Lata Tok Dor, Kampung Tok Dor, Hulu Terengganu
Air terjun ini menawarkan suasana yang tenang dan damai, sesuai untuk berehat dan "healing" bersama keluarga atau rakan. Bunyi aliran air yang menenangkan serta latar semula jadi yang masih terpelihara menjadikannya lokasi ideal untuk melegakan minda dan menyegarkan badan.