Gambar Muka Depan Hero
0.0 (0)

Taman Rekreasi Tasik Puteri, Bandar Bukit Besi, Dungun, Terengganu

Taman Rekreasi Tasik Puteri merupakan lokasi yang amat sesuai untuk seisi keluarga menjalankan aktiviti riadah. Pengunjung yang datang ke taman rekreasi akan dihidangkan dengan tasik buatan yang cantik iaitu Tasik Puteri.

10006 Pengunjung
sun.png

22.4 ℃

Berkabus

Tentang

Tasik Puteri merupakan tasik buatan yang terbentuk hasil daripada peninggalan aktiviti perlombongan bijih besi di Bandar Bukit Besi, Dungun. Berkeluasan 131 hektar, pelbagai aktiviti boleh dilakukan seperti perkelahan, perkhemahan, aktiviti lasak darat dan air, merentas hutan (jungle trekking), mendaki bukit (hiking) serta aktiviti santai bersama keluarga. Kemudahan yang terdapat di sini adalah dataran esplanade, taman permainan, jeti, "slipway", surau, tandas, kedai makan, bilik persalinan, tapak perkhemahan, parking kenderaan, air terjun dan kolam mandi. Tasik Puteri ini turut menjadi tumpuan para pengunjung terutama pada hari minggu dan cuti umum. Suasana disini sangat menenangkan, sesuai untuk ‘healing’ . Terdapat kolam buatan untuk bermandi-mandi yang mempunyai beberapa peringkat kedalaman dan setiap peringkat itu akan dipisahkan mengikut umur. Namun begitu, ibu bapa masih lagi perlu mengawasi anak-anak dikhuatiri berlaku perkara yang tidak diingini.

Bagaimana untuk ke sini

Untuk ke Tasik Puteri di Bukit Besi, Dungun, terdapat beberapa pilihan perjalanan bergantung kepada lokasi permulaan anda. Sekiranya bertolak dari Kuala Terengganu, pengunjung boleh memandu dengan menggunakan Jalan Kuantan–Kuala Terengganu (E8) ke arah selatan. Ikuti papan tanda menuju ke Dungun dan ambil susur keluar ke Jalan Bukit Besi. Teruskan perjalanan sehingga tiba di Bandar Bukit Besi, kemudian ikut papan tanda yang disediakan ke arah Tasik Puteri. Laluan yang mudah dan jelas ini menjadikan Tasik Puteri destinasi yang senang dikunjungi oleh semua.

Waktu Operasi

  • Ahad
    : 08:00 AM - 08:00 AM
  • Isnin
    : 08:00 AM - 08:00 AM
  • Selasa
    : 08:00 AM - 08:00 AM
  • Rabu
    : 08:00 AM - 08:00 AM
  • Khamis
    : 08:00 AM - 08:00 AM
  • Jumaat
    : 08:00 AM - 08:00 AM
  • Sabtu
    : 08:00 AM - 08:00 AM

Alamat

Taman Rekreasi Tasik Puteri, Bandar Bukit Besi, 23200 Dungun, Terengganu

Nombor Talian Tetap

Tiada maklumat

Nombor Telefon Bimbit

Tiada maklumat

Email

Tiada maklumat

Laman Web

Tiada maklumat

Aktiviti Untuk Dilakukan

Terokai pelbagai aktiviti menarik untuk dilakukan di Taman Rekreasi Tasik Puteri, Bandar Bukit Besi, Dungun, Terengganu

No Activity

Maklum Balas

Jadi yang pertama untuk berkongsi pengalaman berada di Taman Rekreasi Tasik Puteri, Bandar Bukit Besi, Dungun, Terengganu

Tulis Maklum Balas

Lain-lain

Lihat Lagi

Ada aduan atau cadangan ?

Buat Aduan / Cadangan