Tasik Kenyir

21 produk dijumpai

House Boat
 

Terdapat pelbagai pilihan rumah bot untuk disewa di Tasik Kenyir

Pusat Penerangan Kenyir
(0)

Jom mengenali Tasik Kenyir dengan lebih terperinci. Pusat Penerangan Kenyir mampu memberikan maklumat yang anda perlukan sebelum menerokai Tasik Kenyir dengan lebih luas.

Kedai Bebas Cukai (KH SHOPPE)
(0)

Kunjungan anda tidak lengkap sekiranya tidak membeli belah di Kedai Bebas Cukai (KH Shoppe). Pelbagai jenis coklat dan barangan keperluan ada di sini.

Santuari Kelah
(0)

Nikmati pengalaman bermanja dengan ikan kelah yang jinak. Ikan-ikan ini sentiasa menunggu kehadiran pengunjung untuk bermain bersama.

Taman Herba, Tasik Kenyir
(0)

Pelbagai jenis herba yang bagus untuk kesihatan terdapat di sini. Anda boleh mencuba air herba yang disediakan sebelum meneruskan perjalanan anda ke destinasi seterusnya.

Taman Orkid, Tasik Kenyir
(0)

Taman Orkid adalah pusat bagi penanaman, pemeliharaan dan penyelidikan orkid. Taman ini juga bertujuan untuk mengekalkan ekosistem semulajadi.

Taman Rama-Rama, Tasik Kenyir
(0)

Tempat pembiakan sesetengah spesis rama-rama yang unik dan jarang ditemui. Ianya adalah tarikan bagi pengunjung yang gemar bergambar kerana disini menyediakan lebih daripada 100 jenis bunga.

Air Terjun Saok, Tasik Kenyir
(0)

Sebuah air terjun yang landai dengan pemandangan yang indah serta air yang jernih dan bersih.

Air Terjun Lasir, Tasik Kenyir
(0)

Air Terjun Lasir adalah air terjun yang cantik dan unik dengan keunikannya yang mempunyai air terjun bertingkat. Air terjun ini adalah yang paling terkenal di Tasik Kenyir dan memiliki ketinggian hingga 500 kaki.

Kenyir Elephant Conservation Village (KECV)
(0)

Jom saksikan kebijaksaan gajah yang jinak. Anda juga boleh memberi makan kepada gajah yang ada. Semestinya ia akan menjadi satu pengalaman yang berharga buat anda sekeluarga.

Dapur Kenyir
(0)

Dapur kenyir merupakan penjenamaan semula restoran dan kedai makan di Tasik Kenyir serta Kawasan sekitar di mana restoran dapur kenyir ini akan menyajikan masakan istimewa berasaskan ikan-ikan yang terdapat di situ.

Pokok Melunak, Tasik Kenyir
(0)

Pokok Melunak yang dikenali sebagai pokok terbesar di Malaysia, dengan ukur lilit 26 pelukan orang dewasa. Ianya sebuah tempat popular bagi mereka yang menyukai alam semula jadi yang ingin menjelajahi landskap batu kapur yang mengelilingi.

Gunung Gagau, Tasik Kenyir
(0)

Gunung Gagau terletak di dalam Kawasan taman negara Terengganu tasik kenyir yang menyimpan fosil berusia ratusan juta tahun. Gunung ini adalah setinggi 4514 kaki dari aras laut.