Gambar Muka Depan Hero
0.0 (0)

Taman Rekreasi Lubuk Kain, Kampung Shukor, Hulu Dungun

Taman Rekreasi Lubuk Kain yang terletak di Kampung Shukor, Dungun, Terengganu yang terkenal dengan kejernihan air terjun ibarat kristal dan keindahan alam semula jadi. Lokasi ini merupakan salah satu lokasi terkenal dalam kalangan campers.

11949 Pengunjung
sun.png

22.3 ℃

Hujan

 RM2 - RM50

Tentang

Taman Rekreasi Lubuk Kain yang terletak di Kampung Shukor, Dungun, Terengganu terkenal dengan kejernihan air terjunnya yang jernih bak kristal serta keindahan alam semula jadi yang masih terpelihara. Taman rekreasi ini dikendalikan oleh Koperasi Shukor Membangun Dungun Berhad. Perjalanan ke lokasi ini mengambil masa kira-kira dua jam dari Bandar Dungun. Taman Rekreasi Lubuk Kain beroperasi setiap hari bermula jam 7.00 pagi hingga 6.00 petang. Setiap pengunjung dikenakan bayaran masuk sebanyak RM2.00, manakala kanak-kanak berumur tujuh tahun ke bawah dikecualikan daripada bayaran. Di kawasan ini turut disediakan pelbagai kemudahan asas seperti gerai makanan dan minuman, tandas serta surau bagi keselesaan pengunjung. Selain itu, pemandangan dari kawasan tingkat atas adalah lebih menarik dengan paras air yang lebih dalam. Walau bagaimanapun, pengunjung khususnya keluarga yang membawa anak kecil dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati demi keselamatan.

Bagaimana untuk ke sini

Jarak perjalanan dari Kuala Dungun ke Taman Rekreasi Lubuk Kain adalah kira-kira 77 kilometer dengan anggaran masa perjalanan sekitar 1 jam 12 minit. Bagi pengunjung yang datang dari Kuala Lumpur, perjalanan boleh melalui Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dan keluar di persimpangan Paka. Seterusnya, perjalanan diteruskan menuju ke Bandar Al-Muktafi Billah Shah sebelum melalui jalan alternatif ke Kampung Shukor, Hulu Dungun bagi sampai ke destinasi.

Waktu Operasi

  • Ahad
    : 07:00 AM - 06:00 PM
  • Isnin
    : 07:00 AM - 06:00 PM
  • Selasa
    : 07:00 AM - 06:00 PM
  • Rabu
    : 07:00 AM - 06:00 PM
  • Khamis
    : 07:00 AM - 06:00 PM
  • Jumaat
    : 07:00 AM - 06:00 PM
  • Sabtu
    : 07:00 AM - 06:00 PM
DITUTUP pada musim Monsun Timur Laut (Bulan November - Februari)

Alamat

Taman Rekreasi Lubuk Kain, Kampung Shukor, Hulu Dungun

Nombor Talian Tetap

Tiada maklumat

Nombor Telefon Bimbit

0138438979

Email

Tiada maklumat

Aktiviti Untuk Dilakukan

Terokai pelbagai aktiviti menarik untuk dilakukan di Taman Rekreasi Lubuk Kain, Kampung Shukor, Hulu Dungun

No Activity

Maklum Balas

Jadi yang pertama untuk berkongsi pengalaman berada di Taman Rekreasi Lubuk Kain, Kampung Shukor, Hulu Dungun

Tulis Maklum Balas

Lain-lain

Lihat Lagi

Ada aduan atau cadangan ?

Buat Aduan / Cadangan