Kami menyediakan kepada anda kemudahan untuk merancang dan menikmati keunikan pelancongan KETENGAH.
Kenyir Eco Resort
Tasik Kenyir, Kuala Berang, Hulu Terengganu
Toman 2 Raft House
Bilangan maksimum peserta adalah 20 orang termasuk kanak-kanak Maksimum 8 orang peserta. Sekiranya lebih pada 8 orang peserta, akan ada tambahan harga mengikut kapasiti peserta Pakej makan tidak disediakan RM 700.00 Kemudahan Fasiliti 1) khemah⛺ 2) tilam 3) bantal 4) cadar dan sarung bantal 5) tandas 6) dapur 7) peralatan memasak 8) jaket keselamatan 9) pelampung keselamatan Aktiviti 🟣 Memancing 🟣 Mandi – manda di Air Terjun 💦 🟣 Berkayak (Kadar Sewaan bagi 2H1M RM50/ kayak)🛶 🟣 Fotografi 📸 🟣 BBQ 🍗 🟣 Jungle Trekking ☘️ 🟣 Hoping Island 🌊 **Jadual perjalanan bergantung kepada keadaan cuaca. Pakej Tak Termasuk Untuk disewa 1) 🛶kayak single= rm50/day 2) 🚤speedboat beserta minyak⛽ dan tuti=rm250/day 3) joran=rm25/day 4) anak umpan ikan tidak disediakan, boleh bagitahu awal untuk kirim beli
Stor Bahan Letupan, Bukit Besi, Dungun, Terengganu
Setor Bahan Letupan - Tempat penyimpanan bahan letupan yang digunakan untuk kerja-kerja memecahkan bukit bagi mendapatkan bijih besi.
Kolam Renang , Bukit Besi, Dungun, Terengganu
Kolam Renang di Bukit Besi, Dungun merupakan kolam pertama di Tanah Melayu dibina sekitar tahun 1950 yang dilengkapi papan anjal. Terdapat dua buah kolam yang dibina iaitu untuk orang dewasa dan kanak-kanak.
Terowong Belting, Bukit Besi, Dungun Terengganu
Terowong Belting, Bukit Besi, Dungun Terengganu.
Stock Piles 1, Bukit Besi, Dungun, Terengganu
Sebuah Bangunan tempat simpanan sementara bijih besi sebelum dipunggah ke dalam kereta api.
Stock Piles 2, Bukit Besi, Dungun, Terengganu
Stock Piles 2 -Bijih besi dari Stock Piles I dihantar ke bangunan ini menggunakan alat penghantar (haulage way) yang bersambung dengan Stockpiles 2.
Tint Plant atau Washing Plant Bandar Bukit Besi, Dungun, Terengganu
Tint Plant atau Washing Plant Bandar Bukit Besi, Dungun, Terengganu, pada zaman Eastern Mining and Metal Company (EMMCO) ia digunakan sebagai tempat memproses dan membasuh bijih besi.
Hotel KETENGAH Tasik Kenyir, Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu
Hotel KETENGAH Tasik Kenyir yang terletak di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu menawarkan tempat penginapan yang selesa dan nyaman buat para pengunjung yang mengunjungi kawasan sekitar di Tasik Kenyir.
Pusat Penerangan Kenyir (PPK), Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu
Pusat Penerangan Kenyir (PPK) berkonsepkan "One-Stop Centre" untuk mendapatkan maklumat mengenai pelancongan bagi Tasik Kenyir. Telah dirasmikan pada 7 Mei 2011 oleh YB. Dato’ Dr. James Dawos Mamit, Timbalan Menteri Pelancongan Malaysia.
Bukit Besi Agro-Exotic Farm, Bandar Bukit Besi, Dungun
Bukit Besi Agro-Exotic Farm yang terletak di Bandar Bukit Besi, Terengganu merupakan sebuah taman pertanian yang mempunyai pelbagai jenis haiwan eksotik di kawasan kampung. Terletak berhampiran Taman Rekreasi Tasik Puteri.
Muzium Bukit Besi, Bandar Bukit Besi, Dungun
Muzium Bukit Besi yang terletak di Bandar Bukit Besi, Terengganu ini memaparkan sejarah perlombongan bijih besi terbesar di Asia Tenggara pada tahun 1916 telah mula dibuka untuk orang awam bermula pada 15 Oktober 2021.
Rumah No 1, Bukit Besi, Dungun
Rumah No.1 disediakan oleh pihak syarikat perlombongan Jepun pada tahun 1930-an sebagai kediaman rasmi pengurus syarikat perlombongan tersebut.
Stesen Crushing Plant, Bukit Besi, Dungun, Terengganu
Stesen Crushing Plant pada tahun 1948 adalah merupakan sebuah tempat pemecahan bijih besi.
Taman Herba, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu
Pelbagai jenis herba yang bagus untuk kesihatan terdapat di sini. Anda boleh mencuba air herba yang disediakan sebelum meneruskan perjalanan anda ke destinasi seterusnya.
Jeram Kelembar Sungai Loh, Kampung Kuala Jengai, Dungun
Jeram Kelembar Sungai Loh merupakan tempat pelancongan yang sesuai untuk berkelah bersama keluarga. Kawasan yang mempunyai jarak antara tebing sungai yang landai memudahkan keluarga untuk mengawasi anak-anak.
Stesen Opal, Bandar Bukit Besi, Dungun, Terengganu
Stesen Opal di Bukit Besi merujuk merujuk kepada empat bangunan yang terdapat di sini iaitu Washing Plant, terowong belting, Stock Piles 1 dan Stock Piles 2.
Taman Orkid, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu
Taman Orkid adalah pusat bagi penanaman, pemeliharaan dan penyelidikan orkid. Taman ini juga bertujuan untuk mengekalkan ekosistem semulajadi.
Air Terjun Sungai Ceralak, Kampung Kuala Jengai, Dungun
Air Terjun Sungai Ceralak di Kampung Kuala Jengai, Dungun merupakan destinasi yang terkenal dengan keindahan alam semula jadi.
Stesen Chimney, Bandar Bukit Besi, Dungun
Stesen Chimney, Bandar Bukit Besi yang di bina pada Tahun 1942.
Taman Rama-Rama, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu
Tempat pembiakan sesetengah spesis rama-rama yang unik dan jarang ditemui. Ianya adalah tarikan bagi pengunjung yang gemar bergambar kerana disini menyediakan lebih daripada 100 jenis bunga.
Melunak Trail, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu
Pokok Melunak yang dikenali sebagai pokok terbesar di Malaysia, dengan ukur lilit 26 pelukan orang dewasa. Ianya sebuah tempat popular bagi mereka yang menyukai alam semula jadi yang ingin menjelajahi landskap batu kapur yang mengelilingi.
Bumbung Raja, Kampung Pasir Raja, Dungun
Bumbung Raja merupakan sebuah batu besar yang terletak di tepi Sungai Dungun di kampung ini. Dipanggil Bumbung Raja kerana, di sini merupakan tempat persinggahan atau tempat bermalam anak-anak raja dari Inderapura @ Pahang pada kurun ke-17.
Gunung Gagau, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu
Gunung Gagau 1376 meter (4,513 kaki) terletak bersebelahan Taman Negara, Pahang Darul Makmur. Gunung ini menjadi antara negeri-negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan.
Makam Tun Ali, Kampung Kuala Jengal, Dungun
Makan Tun Ali terletak di Tanah Perkuburan Kampung Kuala Jengal yang merupakan perkampungan lama yang jaraknya terletak di dalam kira-kira 40 km dari Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun dan 60 km dari Bandar Dungun.
Kawasan Rekreasi Balu, Kampung Jongok Batu, Dungun, Terengganu
Kawasan Rekreasi Balu di Kampung Jongok Batu, Dungun amat sesuai untuk pengunjung menjalankan pelbagai aktiviti seperti mandi-manda, memancing, berkelah, rentas hutan (jungle trekking) dan lain-lain.
Gua Bewah, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu
Gua Bewah terletak di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu, Terengganu, Malaysia. Bewah bermaksud aktiviti kenduri-kendara. Gua Bewah juga dikenali sebagai Gua Tahi Kelawar .
Masjid Engku Haji Mahmud (Masjid Jambi), Kampung Pasir Gajah , Kemaman
Masjid Engku Haji Mahmud atau dikenali sebagai Masjid Jambi terletak di Kampung Pasir Gajah, Cukai, Kemaman.
Taman Rekreasi Lubuk Kain, Sungai Bangan, Kampung Shukur, Dungun
Taman Rekreasi Lubuk Kain yang terletak di Sungai Bangan, Kampung Shukur, Dungun, Terengganu yang terkenal dengan kejernihan air terjun ibarat kristal dan keindahan alam semula jadi bagaikan memanggil-memangil pengunjung.
Gua Taat, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu
Gua Taat terletak berhampiran dengan Gua Bewah dan Gua Batu Tok Bidan di penjuru Tasik Kenyir, Hulu Terengganu. Gua Taat hanya boleh dimasuki semasa musim kemarau iaitu semasa air tasik kering.
Rumah Jambi, Kampung Pasir Gajah, Kemaman
Rumah Jambi Kampung Pasir Gajah dibina pada Tahun 1933 sehingga tahun 1937 oleh tukang-tukang cina di Cukai, Kemaman. Keluasan berjumlah seluass 4 ekar yang dimiliki oleh Tengku Haji Mahmud bin Tengku Abu Bakar yang berasal dari Jambi, Sumatera
Santuari Kelah, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu
Nikmati pengalaman bermanja dengan ikan kelah yang jinak. Ikan-ikan ini sentiasa menunggu kehadiran pengunjung untuk bermain bersama.
Sungai Bangan, Kampung Shukur, Dungun
Sungai Bangan terletak di kampung Shukur, Dungun.
Air Terjun Saok, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu
Sebuah air terjun yang landai dengan pemandangan yang indah serta air yang jernih dan bersih.
Air Terjun Lasir, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu
Air Terjun Lasir adalah air terjun yang cantik dan unik dengan keunikannya yang mempunyai air terjun bertingkat. Air terjun ini adalah yang paling terkenal di Tasik Kenyir dan memiliki ketinggian hingga 500 kaki.
Pokok Chengal Tertua dan Terbesar, Hutan Simpan Pasir Raja, Dungun
Usia pokok tertua ini dianggarkan 1,300 tahun berdasarkan kaedah pengiraan pokok di kawasan tropika mengikut pertumbuhan gegelang (growth ring) pada kadar 0.4sm setahun.
Jeram Gajah, Kampung Air Putih, Kemaman
Jeram Gajah, Kampung Air Putih, Kemaman terletak lebih kurang 30 minit perjalanan daripada Bandar Cukai, Kemaman.
Air Terjun Tembat, Jalan Pengkalan Utama, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu
Air Terjun Tembat memiliki lima jeram air terjun yang sangat deras airnya. Air Terjun Tembat terletak di Sungai Tembat. Jarak perjalanan ke lokasi Air Terjun Tembat dari Pengkalan Gawi ialah 23 km yang mengambil masa 45 hingga 60 minit.
Jeram Kota, Kampung Air Putih, Kemaman
Jeram Kota terletak yang terletak Kampung Air Putih, Kemaman merupakan Kawasan rekreasi dan pengunjung boleh bermandi-manda Bersama keluarga dan rakan-rakan.
Air Terjun Petuang, Jalan Pengkalan Utama, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu
Air Terjun Tembat terletak di Sungai Tembat. Jarak perjalanan ke lokasi Air Terjun Petuang dari Pengkalan Gawi ialah 25 km yang mengambil masa 45 hingga 60 minit.
Kelip-Kelip Palmstay Seri Bandi, Bandar Seri Bandi, Kemaman
Kelip-Kelip Palmstay Seri Bandi berkonsepkan back to nature dan penginapan ala perkhemahan atau glamping. Tempat ini sesuai kepada indivitu yang mencari ketenangan serta suka aktiviti lasak seperti hiking.
Air Terjun Sungai Buweh, Jalan Pengkalan Utama, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu
Sebuah air terjun yang sesuai sebagai lokasi untuk menenangkan diri di samping menghayati keindahan air terjun dan bunyi alam sekitar yang mendamaikan.
Tapak Perkhemahan Sungai Lawit, Jalan Pengkalan Utama, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu
Tapak Perkhemahan Sungai Lawit amat sesuai untuk menjalankan pelbagai aktiviti riadah.
Tapak Perkhemahan Tanjung Bewah, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu
Tapak Perkhemahan ini sesuai untuk menjalankan aktiviti jungle trekking, fotografi, memancing dan kursus motivasi .
Pusat Pemuliharaan Tuntung Sungai, Kampung Pasir Gajah, Kemaman
Pusat Pemuliharaan Tuntung Sungai) merupakan salah satu tempat menarik untuk di kunjungi di Kampung Pasir Gajah, Kemaman. Ianya merupakan sebuah pusat pemuliharaan tuntung pertama di Kemaman.
Tapak Perkhemahan Pengkalan Gawi, Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu
Tapak perkhemahan ini amat sesuai untuk pengunjung untuk menjalankan aktiviti berkayak, beriadah, fotografi, memancing, kursus motivasi.
Tapak Perkhemahan Saok, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu
Tapak perkhemahan ini amat sesuai untuk pengunjung untuk menjalankan aktiviti jungle trekking, fotografi, kursus motivasi.
Tapak Perkhemahan Lasir, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu
Tapak perkhemahan ini amat sesuai untuk pengunjung untuk menjalankan aktiviti trekking, beriadah, fotografi, memancing, kursus motivasi.
Tapak Perkhemahan Tembat, Jalan Pengkalan Utama, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu
Tapak Perkhemahan ini sesuai untuk menjalankan aktiviti jungle trekking, fotografi, berkayak, memancing dan kursus motivasi.
Tapak Perkhemahan Pulau Petang, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu
Tapak Perkhemahan ini sesuai untuk menjalankan aktiviti jungle trekking, fotografi, memancing dan kursus motivasi. (Ditutup sementara untuk penyelenggaraan).
Tapak Perkhemahan Cicir Perpek, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu
Tapak Perkhemahan ini sesuai untuk menjalankan aktiviti jungle trekking, fotografi, memancing, mendaki dan kursus motivasi.
Hotel KETENGAH AMBS, Bandar Al-Muktafi Billah Shah, Dungun
Hotel KETENGAH AMBS juga menawarkan beberapa kemudahan di hotel ini, terdapat pengemasan harian, meja depan 24 jam, Wi-Fi di tempat awam, tempat letak kereta, daftar masuk 24 jam.
Rumah Peranginan Persekutuan (Pulau Sah Besar)
Rumah Peranginan Persekutuan menawarkan tempat penginapan yang dilengkapi dengan tempat riadah sukan air, tempat untuk barbeku, dan taman permainan. Tempat penginapan ini terletak di Pulau Sah Besar, Tasik Kenyir yang berjarak 7 km dari Pengkalan Gawi. Bagi pertanyaan atau tempahan, sila hubungi 03-8880 0144.
Rumah Rehat Pasir Raja, Kg. Pasir Raja, Dungun
Kampung Pasir Raja menyediakan tempat penginapan yang dinamakan Rumah Rehat Pasir Raja. Penginapan ini mempunyai empat buah bilik, dua buah dorm dan satu dewan. Untuk pertanyaan atau tempahan boleh hubungi di talian 09-8481616.
KH Shoppe Duty Free, Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu
Kunjungan anda tidak lengkap sekiranya tidak membeli belah di KH Shoppe Duty Free yang terletak di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir. Pelbagai jenis coklat, kelengkapan dapur dan barangan keperluan ada di sini.
Kenyir Elephant Conservation Village (KECV), Jalan Felda Aring, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu
Jom saksikan kebijaksaan gajah yang jinak. Anda juga boleh memberi makan kepada gajah yang ada. Semestinya ia akan menjadi satu pengalaman yang berharga buat anda sekeluarga.
Taman Rekreasi Bukit Besi, Bandar Bukit Besi, Dungun, Terengganu
Taman Rekreasi Bukit Besi merupakan lokasi yang amat sesuai untuk seisi keluarga menjalankan aktiviti riadah. Pengunjung yang datang ke taman rekreasi akan dihidangkan dengan tasik buatan yang cantik iaitu Tasik Puteri.
Kelab Golf Bukit Besi (KGBB), Bandar Bukit Besi, Dungun
Padang golf ini berkeluasan 74 hektar dengan berkonsepkan rimba. Panjang keseluruhan 18 lubang ialah 6,058 meter dengan par 72.
Trek Pendakian Gunung Chemerong, Berembun dan Lasir (CBL), Kampung Jongok Batu, Dungun
Merupakan tempat pelancongan yang menjadi tumpuan pendaki dan pencinta alam semula jadi.
Air Terjun Chemerong, Kampung Jongok Batu, Dungun
Merupakan tempat pelancongan bagi pencinta alam semula jadi yang terkenal dengan kejernihan air terjun ibarat kristal dan keindahan alam semula jadi bagaikan memanggil-memangil pengunjung
Kimie Houseboat
Kembara Suffi Houseboat
Amazon Houseboat
Qber.eco Houseboat
Legend Houseboat
Thaqiff 2 Houseboat
CF Houseboat
Dahlia haouseboat