Syarat Penggunaan

Terma dan Syarat

Penggunaan semasa mengakses laman web/portal/sistem/aplikasi telefon pintar Pelancongan KETENGAH, anda adalah dinasihati untuk membaca dan memahami terma dan syarat berkenaan. Peruntukan ini adalah khusus kepada penggunaan laman web/portal/sistem dan aplikasi telefon pintar.

Anda bersetuju dan mengakur janji untuk TIDAK menggunakan laman web/portal/sistem/aplikasi telefon pintar Pelancongan KETENGAH, Isi Kandungan dan Perkhidmatan yang terkandung di dalamnya untuk tujuan yang mungkin termasuklah menyalahi hak-hak atau menyekat kepenggunaan, Isi Kandungan dan Perkhidmatan termasuk :

  • Untuk mempamerkan apa-apa kelakuan, perbuatan atau bahan yang menyalahi undang-undang, menghina, mengandungi unsur-unsur lucah, kurang sopan, fitnah, hasutan, menghina atau membenci, pemalsuan, perkauman dan/atau yang boleh mengganggu individu, memberikan tekanan atau menyebabkan perasaan tidak senang atau menggugat privasi individu lain, mengandungi ancaman atau emel yang mendatangkan kesalahan jenayah, menimbulkan liabiliti sivil atau menyalahi mana-mana peraturan atau undang-undang tempatan, negeri, negara atau antarabangsa; penggunaan bahan yang mungkin menyalahi hak cipta, tanda dagang atau apa-apa harta intelek;
  • Akses atau penggunaan data tanpa kebenaran, sistem atau rangkaian pada laman web/portal/sistem/aplikasi telefon pintar Pelancongan KETENGAH termasuk sebarang percubaan untuk membuktikan, mengimbas atau menguji keutuhan sistem atau rangkaian pada laman web/portal/sistem/aplikasi telefon pintar Pelancongan KETENGAH;
  • Mengawasi data atau trafik sebarang sistem atau rangkaian sistem tanpa mempunyai kebenaran yang sah;
  • Menggunakan atau menyertakan sebarang virus, ‘Trojan horses', ‘time bombs', ‘worms', ‘cancelbots' atau sebarang cara seumpamanya yang boleh merosakkan, mengganggu, memintas atau merampas mana-mana sistem; atau menggangu Perkhidmatan mana-mana pengguna, hos atau rangkaian pada laman web/portal/sistem/aplikasi telefon pintar Pelancongan KETENGAH termasuk dan tidak terhad kepada ‘mailbombing', ‘flooding', ‘broadcast attacks database' atau meletakkan sebarang beban tambahan atau tidak perlu ke atas laman web/portal/sistem/aplikasi telefon pintar Pelancongan KETENGAH;
  • Memintas sebarang pengesahan pengguna atau keselamatan sebarang hos, rangkaian pada laman web/portal/sistem/aplikasi telefon pintar Pelancongan KETENGAH atau akaun (pencerobohan atau penggodaman atau percubaaan untuk menceroboh atau menggodam); dan
  • Menjual semula atau menyediakan laman web/portal/sistem/aplikasi telefon pintar Pelancongan KETENGAH, Isi Kandungannya dan Perkhidmatan atau mana-mana bahagian kepada individu lain atau entiti untuk keuntungan atau sebaliknya.

Pentadbir mempunyai budi bicara mutlak untuk memadam atau meminda laman web/portal/sistem/aplikasi telefon pintar Pelancongan KETENGAH, Isi Kandungan dan Perkhidmatan dan Peraturan Penggunaan.

Pentadbir laman web/portal/sistem/aplikasi telefon pintar Pelancongan KETENGAH mempunyai hak untuk menyiasat sebarang kebarangkalian penyalahgunaan Peraturan Penggunaan.

Pautan (Hypertext Links)

Laman web/portal/sistem/aplikasi telefon pintar Pelancongan KETENGAH boleh menyediakan pautan kepada laman-laman web yang lain. Pautan ini disediakan bagi tujuan kesenangan dan kemudahan anda. Laman-laman web tersebut dimiliki dan dikendalikan oleh pihak ketiga maka anda adalah dinasihati untuk membaca dan memahami terma dan syarat yang terkandung dalam laman-laman web berkenaan. Adalah dengan ini anda memahami dan bersetuju bahawa laman web/portal/sistem/aplikasi telefon pintar Pelancongan KETENGAH tidak mempunyai sebarang kawalan ke atas mana-mana sumber dan kandungan maklumat laman-laman web tersebut. Laman web/portal/sistem/aplikasi telefon pintar Pelancongan KETENGAH tidak bertanggungjawab dan menyokong mana-mana iklan produk, perkhidmatan, komentar, ulasan, pandangan, cadangan dan/atau maklumat lain yang boleh atau telah mengakibatkan apa-apa kerosakan dan/atau kerugian kepada mana-mana pihak akibat daripada kepercayaan, pergantungan dan penggunaan maklumat yang terkandung dalam dan/atau menerusi laman-laman web tersebut.

Penamatan Perkhidmatan

Laman web/portal/sistem/aplikasi telefon pintar Pelancongan KETENGAH mempunyai hak untuk menamatkan akses anda ke mana-mana bahagian perkhidmatan atau seluruh perkhidmatan laman web/portal/sistem/aplikasi telefon pintar Pelancongan KETENGAH, dan mana-mana perkhidmatan lain yang berkaitan pada bila-bila masa, dengan atau tanpa notis tertakluk kepada bidang kuasa dan budi bicara laman web/portal/sistem/aplikasi telefon pintar Pelancongan KETENGAH, dan berkuatkuasa kuasa serta merta. Adalah dengan ini anda memahami dan bersetuju bahawa laman web/portal/sistem/aplikasi telefon pintar Pelancongan KETENGAH mempunyai hak untuk menamatkan atau menggantung akaun tidak aktif yang didefinisikan sebagai kegagalan untuk menggunakan perkhidmatan laman web/portal/sistem/aplikasi telefon pintar Pelancongan KETENGAH menerusi akaun tersebut bagi suatu tempoh tertentu. Laman web/portal/sistem/aplikasi telefon pintar Pelancongan KETENGAH tidak bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga di atas penamatan akses kepada perkhidmatan tersebut.

Perubahan kepada Syarat-Syarat Perkhidmatan

Laman web/portal/sistem/aplikasi telefon pintar Pelancongan KETENGAH mempunyai hak untuk membuat perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada syarat-syarat ini pada bila-bila masa. Walau bagaimana pun, dalam keadaan kecemasan, perlindungan dan keselamatan privasi dan integriti laman web/portal/sistem/aplikasi telefon pintar Pelancongan KETENGAH atau dalam keadaan di luar kawalan, laman web/portal/sistem/aplikasi telefon pintar Pelancongan KETENGAH perlu dan akan mengubah, mengubahsuai, membatal atau menambah syarat-syarat ini tanpa notis. Dengan ini anda adalah dinasihati untuk mengakses dan meneliti syarat-syarat ini dari semasa ke semasa untuk mengetahui sebarang perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan yang terkini. Melalui akses secara berterusan dan rujukan kepada syarat-syarat (yang diubah atau diubahsuai dari semasa ke semasa) anda adalah dianggap bersetuju, memahami dan mematuhi sebarang perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada syarat-syarat pada laman web/portal/sistem/aplikasi telefon pintar Pelancongan KETENGAH.

Pengubahsuaian kepada Perkhidmatan

Laman web/portal/sistem/aplikasi telefon pintar Pelancongan KETENGAH mempunyai hak untuk mengubahsuai atau menamatkan perkhidmatan (atau sebahagian daripada perkhidmatan) sama ada secara sementara atau tetap pada bila-bila masa dengan atau tanpa notis. Adalah dengan ini anda memahami dan bersetu bahawa laman web/portal/sistem/aplikasi telefon pintar Pelancongan KETENGAH dan mana-mana pihak lain tidak bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak lain di atas sebarang pengubahsuaian, penggantungan atau penamatan perkhidmatan ini.

Gangguan Sistem Komputer

Pentadbir laman web/portal/sistem/aplikasi telefon pintar Pelancongan KETENGAH tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa gangguan, kelewatan, kegagalan, kesilapan atau maklumat tertinggal atau kehilangan maklumat yang dihantar, virus atau harta yang tercemar atau rosak yang dihantar atau kerosakan yang berlaku kepada sistem komputer Anda. Anda akan bertanggungjawab untuk memberi perlindungan yang mencukupi dan mempunyai data dan/atau peralatan sokongan dan mengambil langkah berjaga-jaga yang munasabah dan sesuai untuk mengimbas virus komputer atau harta yang merosakkan.

Pentadbir laman web/portal/sistem/aplikasi telefon pintar Pelancongan KETENGAH tidak akan bertanggungjawab ke atas ketepatan, kegunaan atau prestasi perisian pihak ketiga yang mungkin digunakan berhubung dengan laman web/portal/sistem/aplikasi telefon pintar Pelancongan KETENGAH.

Tanda Dagang

Semua tanda dagang, tanda perkhidmatan, dan logo yang dipaparkan di dalam laman web/portal/sistem/aplikasi telefon pintar Pelancongan KETENGAH adalah hak milik Pentadbir dan/atau pemilik pihak ketiga masing-masing seperti yang dinyatakan di dalam laman web/portal/sistem/aplikasi telefon pintar Pelancongan KETENGAH.

Melainkan jika keizinan bertulis terlebih dahulu diperolehi daripada Pentadbir atau pemilik pihak ketiga mana-mana tanda dagang, tanda perkhidmatan atau logo yang dipaparkan pada laman web/portal/sistem/aplikasi telefon pintar Pelancongan KETENGAH telah diperolehi, tiada lesen atau hak diberikan kepada mana-mana pihak yang mengakses laman web/portal/sistem/aplikasi telefon pintar Pelancongan KETENGAH untuk menggunakan, memuat turun, mengeluarkan semula salinan atau mengubah suai tanda dagang, tanda perkhidmatan atau logo. Begitu juga, melainkan jika keizinan bertulis terlebih dahulu diperolehi daripada Pentadbir atau pemilik yang berkaitan itu, tiada tanda dagang tersebut, tanda perkhidmatan atau logo boleh digunakan sebagai pautan atau untuk menandakan mana-mana pautan ke laman web/portal/sistem/aplikasi telefon pintar Pelancongan KETENGAH atau mana-mana laman lain.

Maklum Balas

Kami amat mengalu-alukan maklum balas/pertanyaan anda berhubung penggunaan laman web/portal/sistem Pelancongan KETENGAH. Sekiranya maklumat yang terperinci diperlukan tidak terdapat di dalam laman web/portal/sistem Pelancongan KETENGAH, keperluan anda akan dimajukan kepada jabatan/agensi yang berkaitan.

Penafian

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman web/portal/sistem Pelancongan KETENGAH. Adalah dengan ini anda memahami dan bersetuju bahawa laman web/portal/sistem Pelancongan KETENGAH dalam mana-mana keadaan tidak bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung terhadap sebarang kerugian, kehilangan keuntungan dan/atau perbelanjaan khusus, lanjutan atau sampingan akibat daripada apa-apa pengetahuan, kepercayaan, pergantungan dan penggunaan sebarang maklumat yang terkandung dalam laman web/portal ini termasuk :

Keupayaan atau ketidakupayaan untuk menggunakan perkhidmatan ini;

  • Kos perolehan barangan dan perkhidmatan gentian berikutan pembelian sebarang barangan, data, maklumat, perkhidmatan atau mesej yang diterima atau transaksi yang dibuat menerusi atau daripada laman web ini;
  • Akses tanpa kebenaran atau perubahan dalam penghantaran atau data anda;
  • Kenyataan atau tindakan pihak ketiga di laman web ini; atau
  • Perkara-perkara lain yang berkaitan dengan web ini.

Aplikasi Telefon Pintar

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) tidak bertanggungjawab terhadap isu keselamatan yang dialami semasa penggunaan Aplikasi Telefon Pintar bagi laman web/portal/sistem Pelancongan KETENGAH. Pihak KETENGAH juga hanya sebagai bertindak sebagai pengantara bagi membantu untuk mendapatkan bantuan pihak berkuasa terhadap sesuatu peristiwa kecemasan yang dilaporkan dan pihak KETENGAH tidak bertanggungjawab sepenuhnya akan tindakan yang melibatkan pihak berkuasa berkenaan sebarang aduan atau laporan berkaitan sesuatu peristiwa kecemasan.

Bahasa Lain

Sila ambil perhatian bahawa laman web/portal/sistem/aplikasi telefon pintar Pelancongan KETENGAH tidak menggunakan sebarang perisian pengalihbahasaan secara automatik oleh komputer. Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan atau salah maklumat yang mungkin terjadi daripada kandungan yang telah dialih bahasa menggunakan perisian pengalihbahasaan secara automatik. Kandungan rasmi pada laman web/portal/sistem/aplikasi telefon pintar Pelancongan KETENGAH adalah dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Polisi Penggunaan

Privasi Anda

Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung. Sekiranya anda membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.

Maklumat Yang Dikumpul

Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda mengakses laman web/portal/sistem/aplikasi telefon pintar Pelancongan KETENGAH kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel.

Apa yang akan Berlaku jika Saya Membuat Pautan kepada Laman Web yang Lain?

Laman web/portal/sistem/aplikasi telefon pintar Pelancongan KETENGAH mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web/portal/sistem/aplikasi telefon pintar Pelancongan KETENGAH sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.

Pindaan Dasar

Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini pada laman web/portal/sistem/aplikasi telefon pintar Pelancongan KETENGAH. Dengan sering mengkases laman web/portal/sistem/aplikasi telefon pintar Pelancongan KETENGAH, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.

Dasar Keselamatan

Perlindungan Data

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.

Keselamatan Storan

Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.