Tentang
Tasik Puteri merupakan tasik buatan yang terbentuk hasil daripada peninggalan aktiviti perlombongan bijih besi di Bandar Bukit Besi, Dungun. Berkeluasan 131 hektar, pelbagai aktiviti boleh dilakukan seperti perkelahan, perkhemahan, aktiviti lasak darat dan air, merentas hutan (jungle trekking), mendaki bukit (hiking) serta aktiviti santai bersama keluarga. Kemudahan yang terdapat di sini adalah dataran esplanade, taman permainan, jeti, "slipway", surau, tandas, kedai makan, bilik persalinan, tapak perkhemahan, parking kenderaan, air terjun dan kolam mandi. Tasik Puteri ini turut menjadi tumpuan para pengunjung terutama pada hari minggu dan cuti umum. Suasana disini sangat menenangkan, sesuai untuk ‘healing’ . Terdapat kolam buatan untuk bermandi-mandi yang mempunyai beberapa peringkat kedalaman dan setiap peringkat itu akan dipisahkan mengikut umur. Namun begitu, ibu bapa masih lagi perlu mengawasi anak-anak dikhuatiri berlaku perkara yang tidak diingini.