Logo KETENGAH Logo Kenyir
Semua Tasik Kenyir Ekopelancongan Sejarah dan Warisan Penginapan
logo-bahasa-melayu Bahasa Melayu (MY) English (EN)
Log Masuk
Lihat maklumat penuh

Taman Rekreasi Lubuk Kain, Kampung Shukor, Hulu Dungun

0.0
Cara Tempahan:
WhatsApp Laman Web
Tentang
Taman Rekreasi Lubuk Kain yang terletak di Kampung Shukor, Dungun, Terengganu terkenal dengan kejernihan air terjunnya yang jernih bak kristal serta keindahan alam semula jadi yang masih terpelihara. Taman rekreasi ini dikendalikan oleh Koperasi Shukor Membangun Dungun Berhad. Perjalanan ke lokasi ini mengambil masa kira-kira dua jam dari Bandar Dungun. Taman Rekreasi Lubuk Kain beroperasi setiap hari bermula jam 7.00 pagi hingga 6.00 petang. Setiap pengunjung dikenakan bayaran masuk sebanyak RM2.00, manakala kanak-kanak berumur tujuh tahun ke bawah dikecualikan daripada bayaran. Di kawasan ini turut disediakan pelbagai kemudahan asas seperti gerai makanan dan minuman, tandas serta surau bagi keselesaan pengunjung. Selain itu, pemandangan dari kawasan tingkat atas adalah lebih menarik dengan paras air yang lebih dalam. Walau bagaimanapun, pengunjung khususnya keluarga yang membawa anak kecil dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati demi keselamatan.