Tentang
Pokok cengal ini ialah spesies Neobalanocarpus heimii, berukuran 16.75 meter lilitan dan setinggi 65 meter. Ia terletak di Kompartment 5, Hutan Simpan Pasir Raja, Hulu Dungun, ditemui pada tahun 1999 oleh Pegawai Renjer Durian Mas II, Encik Omar Mohamad.
Pokok Chengal ini merupakan yang terbesar di Semenanjung Malaysia dan diiktiraf oleh The Malaysia Book of Records dalam edisi ketiga pada tahun 2001. Umurnya dianggarkan sekitar 1,300 tahun. Ukuran pokok ini termasuk garis pusat 5.32 meter dan isipadu dianggarkan 220 m³ dengan berat 120 tan metrik, bersamaan 27 lori untuk mengangkut kayunya jika ditebang. Pokok ini terletak kira-kira 200 meter dari sempadan Taman Negara dan 390 meter dari paras laut.