Tentang
Trek Pendakian Gunung Chemerong, Berembun dan Langsir (CBL) menawarkan pengalaman pendakian yang menarik dengan keindahan alam semula jadi yang masih terpelihara. Antara tarikan sepanjang laluan pendakian termasuk Taman Bonsai, Pokok Seraya Besar, Sungai Bangan, Pokok Meraga Berlubang, pokok orkid liar serta pelbagai flora dan fauna yang kekal di habitat asalnya.
Menurut pendaki berpengalaman yang pernah menjelajah pelbagai kawasan pendakian lain, pepohon bonsai di trek ini antara yang tercantik pernah ditemui. Pemandangan di puncak gunung pula sangat tenang dan mendamaikan, sesuai bagi mereka yang ingin melarikan diri daripada kesibukan dan kesesakan kota.