Logo KETENGAH Logo Kenyir
Semua Tasik Kenyir Ekopelancongan Sejarah dan Warisan Penginapan
logo-bahasa-melayu Bahasa Melayu (MY) English (EN)
Log Masuk
Lihat maklumat penuh

Gunung Gagau, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu

0.0
Cara Tempahan:
WhatsApp
Tentang
Gunung Gagau 1376 meter (4,513 kaki) terletak bersebelahan Taman Negara, Pahang Darul Makmur. Gunung ini menjadi antara negeri-negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan. Gunung Gagau mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, dan hutan Montane. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan. Gunung Gagau terletak berhampiran dengan tasik Kenyir. Gunung Gagau boleh didaki melalui Taman Negara di Kuala Tahan. 8 jam menaiki bot di Sungai Tembeling dan 1 jam nelalui Sungai Sat di Kuala Klapor dan 1 jam lagi ke base kem di Gagau. Dari kem Gagau mendaki ke puncak Gunung Gagau mengambil masa sehari sahaja. Keseluruhan perjalanan dari Kuala Tahan ke Gunung Gagau pergi dan balik mengambil masa 6-7 hari. Gunung ini lebih mudah didaki berbanding dengan Gunung Tahan. Gagau terletak di dalam kawasan taman negara Terengganu tasik kenyir yang menyimpan fosil berusia ratusan juta tahun.