Tentang
Muzium Bukit Besi terletak di Bandar Bukit Besi, Dungun, Terengganu, dan merupakan muzium terbaru di negara ini. Ia memaparkan sejarah kegemilangan perlombongan bijih besi terbesar di Asia Tenggara pada abad ke-20. Muzium dibuka kepada umum pada 15 Oktober 2021.
Pengunjung berpeluang menaiki bas sambil mendengar informasi sejarah perlombongan daripada pegawai muzium dan melihat pelbagai artifak yang masih kekal. Muzium beroperasi setiap hari dari 9.00 pagi hingga 4.00 petang, manakala pada hari Jumaat ditutup sementara dari 12.00 tengah hari hingga 2.30 petang bagi menghormati Solat Jumaat.