Tentang
Pulau Ungka, Tasik Puteri merupakan pulau kecil yang menawarkan keindahan alam semula jadi yang memukau dan menenangkan. Dikelilingi keindahan tasik semulajadi, akses ke pulau ditambahbaik dengan kemudahan jambatan dan laluan pejalan kaki sebagai destinasi ideal untuk berehat sambil menikmati suasana yang segar dan damai.
Pengunjung juga boleh mengabadikan detik indah melalui aktiviti fotografi, terutamanya pada waktu matahari terbit dan matahari terbenam yang menyajikan pemandangan menakjubkan. Pulau ini sememangnya lokasi sempurna bagi pencinta alam dan penggemar fotografi.