Tentang
Kelab Golf Bukit Besi (KGBB) terletak bersebelahan Tasik Puteri di Bandar Bukit Besi, Dungun, Terengganu. Ia berjarak kira-kira 32 kilometer dari Bandar Dungun, 77 kilometer dari Kuala Terengganu dan 100 kilometer dari Kuantan.
Berkeluasan kira-kira 74 hektar, KGBB mempunyai padang golf 18 lubang dengan par 72, lengkap dengan rumah kelab, driving range dan chalet. Tarikan utama kelab ini ialah pemandangan tasik buatan serta keindahan alam semula jadi yang masih terpelihara, menjadikannya satu-satunya padang golf yang dikelilingi tasik semula jadi dan bebas daripada pencemaran. Keindahan lapangan ini turut menarik minat ramai pemain golf untuk merasai pengalaman bermain di sini.