Tentang
Jeram Kelembar Sungai Loh terletak di Kampung Jongok Batu, Dungun, Terengganu. Lokasi ini menawarkan pelbagai aktiviti riadah seperti berkelah, perkhemahan, memancing dan berakit.
Kemudahan asas yang disediakan termasuk kawasan parkir dan tandas awam. Kejernihan air sungai yang sangat jernih menjadikan kawasan ini sesuai untuk berkelah dan berkhemah. Selain itu, sungai ini turut menjadi tumpuan kaki pancing kerana terdapat pelbagai spesies ikan air tawar.
Kawasan jeram yang mempunyai tebing sungai yang landai memudahkan keluarga mengawasi keselamatan anak-anak ketika menjalankan aktiviti riadah.