Logo KETENGAH Logo Kenyir
Semua Tasik Kenyir Ekopelancongan Sejarah dan Warisan Penginapan
logo-bahasa-melayu Bahasa Melayu (MY) English (EN)
Log Masuk
Lihat maklumat penuh

Air Terjun Lata Terap, Jalan Pengkalan Utama, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu

0.0
Cara Tempahan:
Tentang
Berbeza dengan lokasi air terjun yang lain, Jeram Lata Terap ini sesuai untuk aktiviti sukan air seperti berkayak dan juga merupakan lokasi pilihan untuk memancing. Antara keistimewaan Air Terjun Lata Terap ialah syurga ikan kelah dan kejor di Tasik Kenyir. Lata Terap juga digelar ‘Jeram Ikan Lompat’ oleh penduduk setempat kerana dahulunya ia menjadi tempat ribuan ikan lampam sungai mudik pada musim tengkujuh untuk mengempas telur. Tapak perkhemahan yang ada di sekitar air terjun sangat luas dan dilengkapi dengan laluan yang menghubungkan pendaki ke bahagian atas air terjun. Pengunjung dapat menikmati pemandangan dan persekitaran air terjun yang sangat menawan.