Logo KETENGAH Logo Kenyir
Semua Tasik Kenyir Ekopelancongan Sejarah dan Warisan Penginapan
logo-bahasa-melayu Bahasa Melayu (MY) English (EN)
Log Masuk
Lihat maklumat penuh

Taman Rekreasi Bumbung Raja, Kampung Pasir Raja, Dungun

0.0
Cara Tempahan:
Laman Web
Tentang
Taman Rekreasi Bumbung Raja terletak di Kampung Pasir Raja, Dungun, Terengganu dan merupakan salah satu destinasi pelancongan unik di Malaysia. Ia merupakan satu-satunya hutan rekreasi di negara ini yang terletak di kawasan desa dan menampilkan jenis Hutan Dipterokarp Pamah. Sungai yang luas di taman rekreasi ini sesuai untuk aktiviti berakit dan berkayak. Pelbagai kemudahan disediakan untuk pengunjung, termasuk kawasan perkhemahan, tandas, surau, tangga konkrit dan pondok rehat. Aktiviti lain yang boleh dilakukan termasuk berkelah, berkhemah, berenang di sungai yang nyaman, serta jungle tracking sambil menikmati flora dan fauna sekitar hutan. Taman ini juga menarik minat pelancong asing kerana kepelbagaian burung yang terdapat di kawasan ini, menjadikannya lokasi popular bagi pengamat burung.