Tentang
Kawasan Rekreasi Balu di Kampung Jongok Batu, Dungun amat sesuai untuk pengunjung menjalankan pelbagai aktiviti seperti mandi-manda, memancing, berkelah, rentas hutan (jungle trekking) dan lain-lain. Kawasan ini seakan dataran berpasir yang amat luas sesuai untuk aktiviti perkhemahan di tepi sungai. Kejernihan airnya yang menghijau begitu memukau dan menyejukkan mata siapa sahaja yang memandang. Di samping itu, kicauan beburung sekitar kawasan ini begitu mengujakan dan seakan mengingatkan pengunjung untuk datang lagi ke sini.