Tentang
Pendakian ke air terjun ini melalui Trek Pendakian Gunung Chemerong, Berembun dan Langsir (CBL) yang menawarkan pelbagai tarikan semula jadi seperti Taman Bonsai, Pokok Seraya Besar, Sungai Bangan, Pokok Meraga Berlubang, pokok orkid liar dan flora serta fauna lain yang kekal di habitat asalnya. Pemandangan di puncak yang tenang sesuai untuk mereka yang ingin menikmati kedamaian jauh daripada kesibukan bandar.