Tentang
Kelip- Kelip Sungai Yak Yah, Kampung Ibok yang terletak kira – kira 30 minit daripada Bandar Chukai, Kemaman merupakan salah satu lokasi habitat semulajadi satu spesis serangga yang dikenali sebagai kelip -kelip atau kunang – kunang “photuris lucicrescens”. Ini menjadikan Sungai Yak Yah sebagai salah satu santuari kelip -kelip yang membuka peluang kepada penduduk berhampiran untuk menawarkan perkhidmatan membawa pelancong melihat cahaya bergemerlapan daripada kelip kelip. Musim terbaik untuk melawat kawasan ini ialah dari bulan Julai hingga Oktober, apabila kelip-kelip membiak dan aktiviti mereka berada pada tahap tertinggi. Inilah masa terbaik untuk menyaksikan keindahan kelip-kelip dalam jumlah yang banyak.