Tentang
Pusat Penerangan Kenyir (PPK) berkonsepkan "One-Stop Centre" bagi memberikan maklumat pelancongan berkaitan Tasik Kenyir. Pusat ini telah dirasmikan pada 7 Mei 2011 oleh YB Dato’ Dr. James Dawos Mamit, Timbalan Menteri Pelancongan Malaysia.
Kemudahan yang disediakan termasuk kaunter informasi, tandas, surau, dewan taklimat, kafe, dan galeri pameran spesis ikan Tasik Kenyir. Selain berperanan sebagai pusat maklumat, PPK mempunyai dua galeri utama yang menjadi tarikan pengunjung:
Mini Galeri Gua Bewah – Memberi peluang kepada pengunjung merasai pengalaman sebenar di Gua Bewah.
Galeri Akuarium – Mempamerkan pelbagai spesis ikan seperti kelah, lampan, kaloi dan banyak lagi, sesuai untuk pendidikan dan rekreasi keluarga.