Tentang
Rumah dan Masjid Jambi, Pasir Raja terletak di Kampung Pasir Gajah, Cukai, Kemaman merupakan salah satu destinasi pelancongan di wilayah KETENGAH. Antara aktiviti yang menarik di sini adalah melihat tinggalan sejarah iaitu rumah jambi yang dibina pada tahun 1928 dan masjid jambi yang di bina pada tahun 1932. Kemudahan yang ada di sini adalah homestay Pasir Gajah. Struktur binaan masjid ini, terasa bagaikan berada di Indonesia yang kaya dengan pelbagai keindahan seni bina lama dan reka bentuknya menggunakan sepenuhnya tradisi binaan jambi, sumantera serta berbumbung limas bungkus berkonsepkan bentuk bumbung lama di negara itu.